Paparan Berita
recent

Sejarah Penubuhan

Penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan (PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981 PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah (PMD), iaitu selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) di Kedah, Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Pada tahun1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD). Setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membina bahan pengajaran dan pembelajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar  dengan asas teknologi pendidikan (teknopen).

Seterusnya pada tahun 1990 nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG dianggap sesuai menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelak kekeliruan pada istilah "Daerah", memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankandi pusat tersebut. Pada tahun 1995 PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan  Awam sebagai pengiktirafan diatas kejayaan yang telah dicapai.

Pusat Kegiatan Guru terletak dibawah amanah dan tanggungjawab Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Kecemerlangan pengoperasian PKG memerlukan komitmen yang  tinggi daripada Jawatankuasa Kerja dengan konsep kerja berpasukan dan rasa kesepunyaan terhadap PKG.
Powered by Blogger.